How Seniors Are Able To Get The Best Prices On Cruises in Malaysia

Tahukah anda jet peribadi boleh disewa ataupun digunakan sebagai servis oleh orang lain? Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis jet peribadi yang boleh disewa, dan pakej sewa jet peribadi adalah banyak. Adakah anda ingin sewa pakej jet peribadi di Malaysia tetapi anda tidak pasti pakej yang mana paling berbaloi dan memudahkan anda?

Topik Berkaitan (Iklan Tajaan):

Di sini, telah disediakan pakej sewa jet peribadi terbaik dan paling berbaloi untuk anda. 

Pertama sekali, anda perlu tahu beberapa aspek terlebih dahulu sebelum memilih pakej sewa jet peribadi yang sesuai untuk anda.Antaranya ialah kos terbangan sejam. Biasanya kos terbangan sejam adalah sebanyak RM6800 – RM92000, tergantung kepada jenis jet peribadi yang disewa. Selain itu, anda juga perlu mengenal pasti berapa penumpang yang akan menggunakan jet peribadi tersebut. Jelaslah bahawa jet peribadi yang lebih besar dapat menampung lebih penumpang dan kosnya akan lebih mahal. Biasanya, jet peribadi dapat menumpang sebanyak 2-50 orang penumpang. Bukan itu sahaja, semasa menyewa jet peribadi, anda juga perlu mengetahui kelajuan tersebut. Sekiranya anda dalam kecemasan atau tergegas ke sesutau tempat, anda perlulah memilih jet peribada yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi, supaya anda dapat sampai dalam masa yang lebih cepat. Kelajuan jet biasanya dari 96 KTAS – 530 KTAS.

Citation Mustang (Very Light Jets)

Kos per jam: RM8800- RM9600

Jumlah penampung: 2-4

Kelajuan (KTAS): 330-371

Citation Mustang merupakan jet sangat ringan yang dibina di Cessna. Model pertama terbang pertama kali pada April 23 2005. Sijil diterima pada November 22. Pembinaan jet ini berhenti pada tahun 2017, dan hanya 479 jet ini yang telah dibina. Kos pembelian jet ini dari $1.85-$2.5 juta (USD).

Nextant 400 Xti (Light Jets)

Kos per jam: RM10400- RM12400

Jumlah penampung: 6-7

Kelajuan (KTAS): 308-492

Nextant 400 Xti merupakan salah satu jet peribadi yang terpantas di dunia, dan boleh membawa anda ke destinasi anda dengan lebih cepat. Jet peribadi Nextant 400 Xti ini juga mempunyai ruang dalaman yang cantik dan berkualiti tinggi. Terdapat juga fungsi “noise cancelling” yang membolehkan anda berehat dengan tenang tanpa bunyi bising yang kuat.

Learjet 45 (Super Light Jets)

Kos per jam: RM10400- RM12400

Jumlah penampung: 6-7

Kelajuan (KTAS): 308-492

Learjet 45 (Super Light Jets) merupakan salah satu jet peribadi yang paling ringan dan paling banyak digunakan, terutamanya oleh usahawan berjaya. Mereka banyak menggunakan jet ini untuk membincang bisnes mereka di luar negara. Sijil jet Learjet 45 (Super Light Jets) ini diterima pada June 2004. Ia boleh terbang cepat dan enjinnya boleh performasi dengan baik walaupun dalam keadaan panas atau sejuk. Ruang penyimpananya juga besar dan boleh menyimpan barangan yang banyak.

Hawker 850XP (Midsize Jets)

Kos per jam: RM12800- RM17200

Jumlah penampung: 8-9

Kelajuan (KTAS): 374-470

Hawker 850XP merupakan salah satu jet peribadi yang paling banyak dibeli oleh usahawan.Ia datang dari persatuan jet yang paling lama digunakan oleh penumpang, dari tahun August 1962 hinggalah sekarang. Dari masa itu hingga sekarang, ia telah bertambaih baik banyak aspeknya. Terdapat “winglets” baru, dan kelajuannya semasa bermula terbang juga terlah bertambah cepat, berbanding dengan model lamanya. Ia merupahan jet yang selesa digunakan oleh penumpang.

Gulfstream G250 (Super Midsize Jets)

Kos per jam: RM17200- RM24000

Jumlah penampung: 8-10

Kelajuan (KTAS): 375-530

Gulfstream G250 merupakan model baru yang menggantikan model 6200 yang dibina pada tahun 2005. Pada tahun July 2011, G250 dinamakan G280. Sijilnya telah diperoleh pada Disember 2011 oleh Israel dan USA pada September 4, 2012. G250 mempunyai “wing” yang khas.Ia mempunyai kelajuan yang tinggi dan pendaratan yang optimum. G250 merupakan pesawat pertama kategorinya yang mempunyai “auto brakes system” yang membolehkannya berhenti dengan lebih cepat dan mudah. Kos pembelian jet peribadi Gulfstream G250 ini sekitar $24 juta (USD).

Gulfstream GIV (Large Jets)

Kos per jam: RM22400- RM32000

Jumlah penampung: 10-16

Kelajuan (KTAS): 485-513

Gulfstream GIV merupakan antara jet peribadi yang paling sesuai untuk perjalanan jauh yang selesa. Ia mempunyai ruang yang agak besar, dapat menampung penumpang sebanyak 16 orang. Dengan perjalanan 8.5 jam, ia sesuai untuk perjalanan di dalam dan ke luar negara juga. Ia juga menyediakan Wi-Fi percuma, “full service galley” dan juga “personal monitors” di dalam setiap cabin untuk memudahkan perjalanan anda.

Falcon 8X ( Ultra Long Range Jets)

Kos per jam: RM32000- RM44000

Jumlah penampung: 12-16

Kelajuan (KTAS): 368-516

Daripada banyak jenis Ultra Long Range Jets, Falcon 8X merupakan salah satu yang paling baik. Ia menyediakan penerbangan yang efektif, perjalanan jauh yang tenang dan selesa, ruang yang besar dan penerbangan yang amat stabil. Ia mempunyai cabin yang terpanjang, dan ia juaga merangkumi “shower aft” untuk kesemua penumpang!

Boeing Business Jet 2 (VIP Airliners)

Kos per jam: RM64000- RM92000

Jumlah penampung: 16-50

Kelajuan (KTAS): 469-485

Walaupun Boeing Business Jet 2 (VIP Airliners) merupakan jet peribadi yang paling mahal, ia merupakan pilihan yang paling baik. Ia boleh menampung penumpang yang banyak, sebanyak 50 orang. Penerbangan yang stabil membolehkan ia menjadi salah satu pilihan terbaik untuk sesiapa yang ingin menyewa pakej jet peribadi yang berkualiti dan profesional. 

Topik Berkaitan (Iklan Tajaan):

Mobile Sliding Menu

Comparisonsmaster